Saturday, May 8, 2010

seandainya.

seandainya nenek masih hidup,

ayong makan bersama bila nenek makan,
ayong tidur bersama bila nenek tidur,
ayong menyahut bila nenek panggil,
ayong dengar bila nenek bercerita,
ayong patuh bila nenek suruh/larang,
ayong ketawa bila nenek bergurau,
ayong cium dan salam nenek sebelum keluar rumah,
ayong solat jemaah bersama nenek setiap hari,
ayong buat nenek gembira setiap hari,
ayong ucap terima kasih setiap kali nenek memberi,
ayong minta maaf setiap kali terkasar bahasa dengan nenek,

seandainya nenek masih ada.

nenek, ayong rindukan nenek. nenek pergi tanpa sepatah kata. ayong dah takda nenek. maafkan ayong sekiranya tangisan ayong buat nenek terseksa di sana. ayong sayangkan nenek. setiap kali malam menjelma, ayong resah. hati tidak tenteram. hati ini terasa sayu. ayong rindukan nenek. setiap kali lepas solat, ayong sebak. setiap kali bacakan surah Yasin untuk nenek, ayong sebak. ayong tak sangka nenek dah pergi tinggalkan ayong.

innalillahiwaiinailaihirajiun. Al-Fatihah buat nenek tercinta. i miss you nenek :(

3 comments:

chris federick said...

Stay strong yea.

I miss my grandma too. She passed last year b4 the exams n i hv no grandparent alrdy :(

Qistina Fahimi said...

thanks ya :)

hamba Allah said...

tabah tina.aku tau ko mampu hadapi dugaan ni.setiap yg hidup pasti akan meninggal dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...