Sunday, November 15, 2009

saya anak Malaysia!

saya bangga menjadi anak Malaysia!

hye peeps,

just got back from BTN yesterday's nite.

ok. entry kali ini di dalam Bahasa Melayu iaitu perkara 152 bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan.

Banyak perkara-perkara dan nilai-nilai yang kami semua belajar semasa berada di kem Biro Tata Negara.
Nilai-nilai seperti pentingnya semangat patriotik, tolong-menolong, kerjasama dan tolenrasi antara kaum.

Kami didedahkan dengan perlembagaan persekutuan, di mana setiap individu dilarang mempersoalkan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

individu-individu seperti Theresa Kok, Dr. Irene Fernandez adalah mereka yang berani mempersoalkan perlembagaan iatu perkara 3 agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. mereka telah mencabar perlembagaan dengan meminta azan diperlahankan dan banyak lagi.

sebagai negara yang berbilang kaum dan agama. kita hendaklah menghormati agama masing-masing dan menghormati apa yang termaktub di dalam perlembagaan supaya negara kita aman dan rakyat dapat hidup dengan damai. Toleransi adalah penting bagi membentuk perpaduan antara kaum.

Janganlah kita tiru apa yang berlaku di Indonesia. Dimana penganut Kristian dan Islam berbunuhan antara satu sama lain. Ya Allah, minta dijauhkan negara ini dari pertumpahan darah dan peperangan. Dan bersama-samalah kita memastikan tragedi 13 Mei tidak berulang lagi. Amin..

kita juga mesti berjaga-jaga dan prihatin akan anasir-anasir jahat yang cuba memecah-belahkan rakyat kita dan cuba melaga-lagakan antara kaum-kaum.

kita semua tahu tiada satu kaum pun terpinggir di dalam malaysia. kerajaan telah memastikan setiap kaum menerima hak mereka mengikut bilangan mereka dan komposisi kaum masing-masing.

kami juga dapat memahami bahawa kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita tidak mudah sama sekali. Ramai pejuang kita terkorban demi mempertahankan negara tercinta. kita dapat lihat bagaimana orang dahulu menggadaikan cincin, gelang dengan rela hati bagi membiayai rombongan yang mereka sendiri tidak tahu akan berjaya atau tidak. Iaitu rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk memperoleh kemerdekaan daripada British.

kami juga dapat mengetahui betapa negara kita membangun dalam pelbagai aspek. Petronas adalah lambang kejayaan Malaysia dan terkenal di serata dunia.

Di kem inilah, kami belajar bahawa kerajaan kita adalah terbaik. Bersyukur lah wahai mahasiswa luar negara semua. tanpa kerajaan kita yang baik hati ini, tidak mungkin kita akan dapat belajar hingga ke peringkat ini dan kita juga dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. Insyaallah. Amin..

Our government is the best! Bukan nyer nak suruh promote undi kerajaan. but, let's think. Tengok negara lain. ader kerajaan mereka sebaik kerajaan kita. nope right? so, lu pikir la sendiri. Jangan asyik nak complain je. Buka mata anda luas2..

Lastly, Sayangilah negara, bangsa dan agama. One Malaysia! Dari, Kem Biro Tata Negara KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.

Salam satu Malaysia,
TiNa.

12 comments:

[z@ck] said...

saya kasi gred A++ untuk essay kamu kali ni..hehehe

=)

Qistina Fahimi said...

zack. tq!!
muah2..

ada van de kamp said...

mmg ayat2 x leh blah pnya. tringat spm. hahaha

Mr Daha said...

waaa... post yg penuh dgn informasi. xsia2 ko g BTN. :P

mR SyamEL said...

ak bg gred C- untk esei neh.. wakakka...

hamba Allah said...

16 mei ke 13 mei?

Qistina Fahimi said...

ada: tau xpe.

mr.daha: yup, x sia2 BTN. pengalaman yg cukup berharga.

mufid: dah dibetulkan. hehe..

Qistina Fahimi said...

syamel: cis..brani hang!

Anonymous said...

A++ gak..terbaek lah..haha
agak skema di situ yer

mazhad said...

aku suka part theressa kok 2.sungguh2.setuju2!!dasar xsedau diri...

mira arifin said...

i just got back from btn today...yeas..agree with u...even a bit tired,but the info that we got was very2 valuable....

Anonymous said...

You're brainwashed!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...